Saturday, 25 June 2022

EPISOD 2 : DIMANAKAH SUNGAI INKI?

 



Kecantikan dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di Kawasan Perkelahan Sungai Inki sungguh mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota. Sungai Inki kini telah dilengkapi dengan kemudahan seperti gerai makanan, surau, tandas awam, kolam mandi kanak-kanak, kawasan perkhemahan, pondok wakaf, tapak BBQ dan sebagainya. Persekitarannya bersih dan ia diuruskan sendiri oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Putih secara bergotong-royong dalam penjagaan keceriaan dan kebersihannya.

Sungai Inki (Kawasan Rekreasi Sungai Inki) terletak hanya 11 km dari pekan Tanjung Malim. Taman ini boleh dikunjungi dengan mudah dengan menggunakan Laluan 1.

Kawasan Perkelahan Sungai Inki bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi , malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat hari keluargapenggambaran drama/filemmemancing, berbasikalperkhemahanprogram gotong-royong dan lain-lain.

Nama tempat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki

Alamat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor

#SiChanBer4 #SungaiInki #Kalumpang


No comments:

Post a Comment

EPISOD 4 : KALUMPANG SALAI HOUSE

  Ha...dah penat-penat mandi mesti laparkan? Jangan risau terdapat 1 kedai makan atau boleh juga kita panggil sebagai restoran yang sangat p...