Alamat :Jalan Pasir Putih 1, Kg Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Hulu Selangor
Waktu operasi : 7.00 pagi – 4.00 petang (Melalui Temujanji diutamakan)
Nombor untuk dihubungi : 019-646 6207
Facebook : https://www.facebook.com/KalumpangSalaiHouse
Selain berkelah sahaja, terdapat 1 pusat penginapan yang menjadi pilihan para pengunjung di Sungai Inki iaitu Chalet Keluarga Sakri. Chalet ini terletak dalan kawasan persendirian dan lebih private berbanding chalet-chalet lain.
#SiChanBer4 #SungaiInki #Kalumpang
Kecantikan dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di Kawasan Perkelahan Sungai Inki sungguh mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota. Sungai Inki kini telah dilengkapi dengan kemudahan seperti gerai makanan, surau, tandas awam, kolam mandi kanak-kanak, kawasan perkhemahan, pondok wakaf, tapak BBQ dan sebagainya. Persekitarannya bersih dan ia diuruskan sendiri oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Putih secara bergotong-royong dalam penjagaan keceriaan dan kebersihannya.
Sungai Inki (Kawasan Rekreasi Sungai Inki) terletak hanya 11 km dari pekan Tanjung Malim. Taman ini boleh dikunjungi dengan mudah dengan menggunakan Laluan 1.
Kawasan Perkelahan Sungai Inki bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi , malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat hari keluarga, penggambaran drama/filem, memancing, berbasikal, perkhemahan, program gotong-royong dan lain-lain.
Nama tempat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki
Alamat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor
#SiChanBer4 #SungaiInki #Kalumpang
Kumpulan SICHANBEREMPAT merupakan sebuah kumpulan di bawah tugasan berkumpulan BKS3103 Teknologi Media. Kumpulan ini mempunyai 4 orang ahli iaitu 3 wanita dan seorang lelaki. Idea nama SICHANBEREMPAT diambil bersempena dengan nama satu-satunya kumbang didalam kumpulan ini iaitu Chan dan kerana kumpulan ini mempunyai 4 orang ahli, maka lahirlah nama kumpulan SICHANBEREMPAT.
By the way, jangan lupa like, comment dan follow kami di
Nantikan episod yang akan datang dimana kita akan bercerita tentang Sungai Inki di Kalumpang.
#SiChanBer4 #SungaiInki #Kalumpang
Ha...dah penat-penat mandi mesti laparkan? Jangan risau terdapat 1 kedai makan atau boleh juga kita panggil sebagai restoran yang sangat p...