Saturday, 25 June 2022

EPISOD 4 : KALUMPANG SALAI HOUSE

 




Ha...dah penat-penat mandi mesti laparkan? Jangan risau terdapat 1 kedai makan atau boleh juga kita panggil sebagai restoran yang sangat popular di kawasan masuk ke Sungai Inki. Namanya adalah Kalumpang Salai House. Nikmati aneka hidangan sarapan dan makan tengah hari di Kalumpang Salai House. Restoran ini menyediakan masakan berasaskan makanan yang disalai seperti itik salai, daging salai, puyuh salai dan ikan keli salai. Restoran ini menjadi pilihan warga kota yang ingin menikmati masakan kampung di dalam suasana kampung dan santai.

Nama Kedai : Kalumpang Salai House

Alamat :Jalan Pasir Putih 1, Kg Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Hulu Selangor

Waktu operasi : 7.00 pagi – 4.00 petang (Melalui Temujanji diutamakan)

Nombor untuk dihubungi : 019-646 6207

Facebook : https://www.facebook.com/KalumpangSalaiHouse





Ha..so semua dah tahu kan apa yang ada kat Sungai Inki ni? So apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita ke Sungai Inki.

#SiChanBer4   #SungaiInki  #Kalumpang



EPISOD 3 : CHALET KELUARGA SAKRI

 


Selain berkelah sahaja, terdapat 1 pusat penginapan yang menjadi pilihan para pengunjung di Sungai Inki iaitu Chalet Keluarga Sakri. Chalet ini terletak dalan kawasan persendirian dan lebih private berbanding chalet-chalet lain.




Apabila kesini, pengunjung akan dibentangkan dengan kehijauan alam sekitar disekelilingnya. terdapat juga titian gantung yang menghubungkan kawasan parkir kereta Sungai Inki dengan Chalet Keluarga Sakri. Apabila anda berdiri di titian gantung tersebut, anda akan melihat kawasan sekitar dan orang mandi-manda dibawah. Amatlah sesuai untuk mereka yang sukakan percutian "Back To Nature".



Chalet ini menyediakan pakej day trip, berkhemah dan bermalam. Selain itu, ia menawarkan temapt camping yang mempunyai kemudahan seperti surau, wakaf, port berkelah, khemah dan sebagainya. Boleh dijadikan sebagai tempat percutian keluarga, percutian biasa dan berbagai-bagai aktiviti lain.



Jadi, tunggu apa lagi. Jom cepat plan ramai-ramai and datang ke sini. 


#SiChanBer4  #SungaiInki  #Kalumpang

EPISOD 2 : DIMANAKAH SUNGAI INKI?

 



Kecantikan dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di Kawasan Perkelahan Sungai Inki sungguh mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota. Sungai Inki kini telah dilengkapi dengan kemudahan seperti gerai makanan, surau, tandas awam, kolam mandi kanak-kanak, kawasan perkhemahan, pondok wakaf, tapak BBQ dan sebagainya. Persekitarannya bersih dan ia diuruskan sendiri oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Putih secara bergotong-royong dalam penjagaan keceriaan dan kebersihannya.

Sungai Inki (Kawasan Rekreasi Sungai Inki) terletak hanya 11 km dari pekan Tanjung Malim. Taman ini boleh dikunjungi dengan mudah dengan menggunakan Laluan 1.

Kawasan Perkelahan Sungai Inki bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi , malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat hari keluargapenggambaran drama/filemmemancing, berbasikalperkhemahanprogram gotong-royong dan lain-lain.

Nama tempat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki

Alamat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor

#SiChanBer4 #SungaiInki #Kalumpang


Wednesday, 22 June 2022

EPISOD 1 : PENGENALAN KEPADA KUMPULAN SICHANBEREMPAT

     Kumpulan SICHANBEREMPAT merupakan sebuah kumpulan di bawah tugasan berkumpulan BKS3103 Teknologi Media. Kumpulan ini mempunyai 4 orang ahli iaitu 3 wanita dan seorang lelaki. Idea nama SICHANBEREMPAT diambil bersempena dengan nama satu-satunya kumbang didalam kumpulan ini iaitu Chan dan kerana kumpulan ini mempunyai 4 orang ahli, maka lahirlah nama kumpulan SICHANBEREMPAT.

By the way, jangan lupa like, comment dan follow kami di 

INSTAGRAM

FACEBOOK

Nantikan episod yang akan datang dimana kita akan bercerita tentang Sungai Inki di Kalumpang.

#SiChanBer4 #SungaiInki #Kalumpang

EPISOD 4 : KALUMPANG SALAI HOUSE

  Ha...dah penat-penat mandi mesti laparkan? Jangan risau terdapat 1 kedai makan atau boleh juga kita panggil sebagai restoran yang sangat p...